Connect with us

Oh! Media

“Mana Keuntungan Kami?” – Peniaga Runsing Ayam Naik Harga

harga bahan mentah meingkat

Oh! Tidak

“Mana Keuntungan Kami?” – Peniaga Runsing Ayam Naik Harga

Sejak kita menyambut puasa di bulan Ramadan tahun ini, isu kenaikan harga makanan di bazar ramadan hangat diperkatakan. Hal ini dikatakan berlaku disebabkan oleh peningkatan harga bahan mentah. Betul ke harga ayam naik sehingga RM10 sekilogram? Biar betul? Mahal tu…

ADVERTISEMENT

BACA: Kadar Vaksinasi Tinggi Penyumbang Kepada Penurunan Jangkitan Wabak Covid-19

Melalui tinjauan yang dibuat Harian Metro di Kota Bharu, didapati bahawa kebanyakan pasar basah di sana menjual ayam dengan harga dari RM9.50 hingga RM10 sekilogram.

Harga ayam mencecah RM8.90 daripada pemborong

Zulwati Abdullah merupakan salah seorang peniaga mengatakan bahawa mereka tidak dapat menjual ayam pada harga siling kerana harga ayam yang dibeli dari pemborong mencecah RM8.90 sekilogram.

Jika dijual juga pada nilai (RM8.90) terbabit, mana keuntungan buat kami sebagai peniaga ayam? Pemborong menggunakan alasan stok ayam berkurangan selain harga makanan ayam semakin meningkat.

Zulwati yang telah berniaga selama 15 tahun menambah dia dapat mengagak bahawa kenaikan harga akan berlaku sepanjang Ramadan dan akan semakin meningkat apabila tibanya Hari Raya kelak.

Duit nak beli baju raya anak kena buat bayar denda

@adam___iskandar

Kerajaan sepenggal ??

♬ bunyi asal – Adang

Di TikTok, viral perkongsian seorang lelaki mengenai peniaga yang didenda RM500 dipercayai kerana menjual ayam melebihi harga yang ditetapkan.

Berdasarkan video itu, peniaga memaklumkan ayam dibeli dengan harga RM8.70 sekilogram daripada pemborong dan perlu dijual RM8.90 iaitu keuntungan 20 sen sahaja.

Namun, peniaga ini sama sekali tidak menyalahkan penguatkuasa kerana dia hanya menjalankan tugas.

Diharapkan pihak kerajaan serta badan induk yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengawal semula harga barangan mentah yang naik secara mendadak.

Kredit: Harian Metro | TikTok adam___iskandar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas