Connect with us

Oh! Media

Gumpalan Rambut Dalam Tepung Pelita, Peniaga Bakal Disiasat

Gumpalan rambut dalam tepung pelita

Trending

Gumpalan Rambut Dalam Tepung Pelita, Peniaga Bakal Disiasat

Sejak dua menjak ini, pelbagai berita yang tidak baik didengar berkenaan penjual di bazar Ramadan yang tidak menepati cita rasa dan tidak jujur dalam urusan jual beli.

ADVERTISEMENT

BACA: Chef Ammar Berang Bila Menantu Kena Tengking Gara-Gara Dahulukan Ibu Mengandung

Gumpalan rambut dalam makanan

Tular di media sosial apabila seorang pelanggan menjumpai gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang dibelinya di bazar Ramadan.

Perkongsian itu dikongsi Viral Perak yang menunjukkan kecuaian penjual di sebuah bazar Ramadan di Perak selepas pencuci mulut tepung pelita yang dijualnya, mempunyai gumpalan rambut yang dijumpai seorang pelanggan ketika di rumah.

Berang dengan isu ini, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap segelintir peniaga yang tidak jujur dan tidak peka dalam berniaga.

JKN siasat perkara ini

Kosmo Online melaporkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes berkaitan penemuan gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang tular di media sosial itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin, kes yang akan memudaratkan kesihatan seseorang ini akan disiasat bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di premis yang menjual makanan di bazar Ramadan.

Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN untuk memudahkan kita mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan.

Diharapkan kes seperti ini tidak berulang kembali kerana ia boleh memudaratkan kesihatan orang lain lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

Kredit: Facebook Viral Perak | Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas