
Trending
Chef Ammar Berang Bila Menantu Kena Tengking Gara-Gara Dahulukan Ibu Mengandung
Oleh
Jika sebelum ini ada yang ‘complaint’ harga nasi arab yang dijual Chef Ammar mahal, kali ini viral pula video memaparkan chef itu naik angin apabila ada pembeli menengking pekerja yang merupakan menantunya.
Menerusi video tular di TikTok, wanita itu dimarahi pembeli dipercayai kerana memberi keutamaan kepada ibu mengandung.
@mohdarizan Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..
♬ original sound – Mohd Arizan
Tampil mempertahankan tindakan menantunya itu, chef ini berkata di mana-mana keadaan pun memang ibu mengandung berhak mendapat layanan utama.
You pergi train bagi orang mengandung duduk, you pergi mana-mana bagi orang mengandung duduk, orang tua duduk, OKU duduk.
Dalam video itu, kedengaran cef meminta maaf kepada polis yang hadir dan berkata pembeli juga telah meninggalkan tempat itu.

Di ruangan komen, Chef Ammar berkata menantunya bekerja keras untuk memastikan semua dapat beli tetapi dimarahi hanya kerana memberi laluan kepada wanita hamil enam bulan.
Menantunya juga dilihat menangis di belakang gerai sambil ditenangkan seorang lelaki.
Kredit: TikTok @mohdarizan
