
Trending
Gigih ‘Bolos’ Kawat Duri PKPD, Dua Individu Sudah Dikenalpasti
Oleh
Tidak bertanggungjawab, itulah yang dapat dikatakan apabila viral video beberapa orang lelaki menyelinap di bawah kawat duri untuk lari daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Kejadian yang berlaku di kawasan perumahan PPR di Kuala Lumpur itu mencetuskan kebimbangan dan rasa marah orang ramai.
📍Malaysia
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 4, 2021
Bayangkan eh kalu mereka nie +Ve.
Memang elok dah pasang kawat duri kat tangga flat bagi spesies buas cmni. Cakap orang mana nak dengar. pic.twitter.com/6gA5F0p1lx
Memetik laporan Harian Metro, polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar, kedua-dua lelaki yang dikenal pasti mempunyai rekod jenayah berusia 34 dan 46 tahun.
Jelasnya, berdasarkan hasil semakan, individu pertama berusia 34 tahun memiliki enam rekod kesalahan dadah dan jenayah lain seperti samun, curi dan lain-lain.
Sementara individu kedua mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah.

Hasil siasatan polis di lokasi kejadian turut mendapati dawai besi rosak dipercayai digunakan tiga individu seperti mana tular di media sosial. Dua lelaki yang terbabit merupakan warga tempatan manakala seorang lagi tidak dapat dikenalpasti.
Tambahnya lagi, usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Kredit: Harian Metro
