Connect with us

Oh! Media

Gelagat ‘Spiderman’ Bantu Nenek Tua Lintas Jalan Cuit Hati Netizen

Trending

Gelagat ‘Spiderman’ Bantu Nenek Tua Lintas Jalan Cuit Hati Netizen

Setiap orang pasti mempunyai adiwira kegemaran mereka yang tersendiri. Kelebihan yang ada pada adiwira untuk berlawan dengan musuh dan sentiasa membantu insan yang lemah menjadi faktor karakter itu disukai ramai.

ADVERTISEMENT

Antara adiwira yang sering menjadi kegemaran ramai adalah Spiderman, Captain America dan juga Batman.

BACA: Tersebar Pula Video Pergaduhan Ahli Keluarga Depan Stesen Minyak, Netizen Gagal Siasat Punca Sebenar

‘Spiderman’ bantu nenek tua lintas jalan

Tular satu video di TikTok menunjukkan dua orang pemuda yang mengenakan kostum ‘Spiderman’ membantu seorang nenek tua untuk melintas jalan.

@azharpenjualjalanan

Video ori

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Difahamkan, dua orang pemuda yang mengenakan kostum adiwira tersebut merupakan peniaga air balang yang meniaga di tepi jalan. Kostum yang dipakai adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan terhadap perniagaan mereka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua orang ‘adiwira’ tersebut menjalankan tanggungjawab mereka dengan membantu seorang nenek tua yang kelihatan sudah uzur untuk melintas jalan.

Apa yang menarik perhatian serta mencuit hati netizen ialah gelagat salah seorang dari mereka yang sempat membuat aksi jenaka bagi memastikan kenderaan yang ada untuk berhenti seketika dari melalui jalan tersebut.

Netizen puji tindakan dua pemuda tersebut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat itu dan memuji tindakan dua orang pemuda tersebut membantu nenek tua melintas jalan.

Kredit: TikTok azharpenjualjalanan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas