
Trending
Gara-Gara Kenyataan Ini, PU Riz Dikecam Warga Twitter, Ini Penjelasan Sebenarnya
Oleh
Suami kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu PU Riz baru-baru ini menerima reaksi kurang senang netizen selepas tular video memaparkan beliau memberi tips rumahtangga.
BACA: PU Riz Muatnaik Foto Dengan Kapsyen ‘Harapan’, Netizen Nasihat & Doakan Supaya Tabah Hadapi Ujian
Pengguna Twitter, @pinokio turut mempersoalkan kelayakan yang membolehkan PU Riz atau nama sebenarnya Harris Ismail dijemput sebagai speaker program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
— pinokio (@Kionopi188) March 9, 2022
Menerusi petikan video berdurasi 36 saat itu, PU Riz berkata, “Macam saya, cerita saya sendiri. Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan tapi kalau tak ada orang nak masak? Tak ada orang nak urus? Takkan saya nak kena angkat beras, bawak masuk dalam ni, saya pula kena belajar. Isteri yang sempurnakan bahagian itu. Kalau isteri tak memahami tugas dia, tak memahami apa terbaik untuk diri dia bahaya.”
Kenyataan ini ternyata telah mengundang kritikan di mana orang ramai mendakwa beliau tidak mahu bertolak ansur dengan isteri dan meletakkan kerja-kerja rumah di bahu isteri.
Menjawab kepada spekulasi yang tercetus, PU Riz menjelaskan maksud sebenarnya adalah isteri dianjurkan untuk memasak. Tetapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar dan sebagainya, kalau tak sempat tak jadi satu dosa dan masalah.
@hrisbismail Katannya nama dia pinokio
♬ original sound – Haris Ismail
Jelasnya, apa yang hendak disampaikannya adalah seorang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal dan nafkah buat isteri. Seorang suami tidak boleh menzalimi isteri dengan memintanya mengangkat beras atau membaiki bumbung rumah.
Kredit: TikTok @hrisbismail | Twitter @pinokio
