Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara ‘Double Park’, Nombor Plat Kereta Viva Hilang Dan Cermin Sisi Hancur Dipecah Orang Awam

Doublepark2

Trending

Gara-Gara ‘Double Park’, Nombor Plat Kereta Viva Hilang Dan Cermin Sisi Hancur Dipecah Orang Awam

Adalah satu perkara yang amat merumitkan untuk kita meletakkan kenderaan apabila pergi ke kawasan yang kurang menyediakan kawasan letak kereta.

BACA: Patut Atau Tidak? Mulanya Hukuman Double Park Nampak Bagus Tapi Netizen Risau Sampah Bersepah Pula

Namun, itu bukanlah satu tiket untuk kita meletakkan kenderaan kita secara ‘double park’ sesuka hati tanpa meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi pengguna kenderaan yang lain.

IKLAN

Kereta viva ‘double park’

Itulah yang terjadi kepada sebuah pemilik kereta Perodua Viva yang memarkir kenderaannya secara ‘double park’ di hadapan sebuah klinik.

Tindakannya itu telah menyebabkan pemandu kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kenderaanya daripada petak parkir.

Cemin sisi pecah, nombor plat hilang

Setelah berhempas pulas mengeluarkan kenderaannya, pemandu kenderaan hitam tersebut kemudiannya bertindak memecahkan cermin sisi Perodua Viva tersebut disamping turut mencabut nombor plat kenderaan tersebut.

Namun, tindakan pemandu Mercedes yang merosakkan kereta Viva tersebut dikecam warganet kerana perbuatannya itu juga salah di sisi-sisi undang kerana telah merosakkan harta benda awam.

Screenshot 2022 09 12 at 113707
Screenshot 2022 09 12 at 113718
Screenshot 2022 09 12 at 114443

Bagi pengajaran sikit

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang menyokong tindakan pemandu kereta Mercedes itu bertujuan sebagai pengajaran untuk mereka yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati.

Screenshot 2022 09 12 at 114121
Screenshot 2022 09 12 at 114131
Screenshot 2022 09 12 at 114334

Apa pandangan korang?

Kredit: Facebook Fareez Aiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas