Connect with us

Oh! Media

Patut Atau Tidak? Mulanya Hukuman Double Park Nampak Bagus Tapi Netizen Risau Sampah Bersepah Pula

double park

Trending

Patut Atau Tidak? Mulanya Hukuman Double Park Nampak Bagus Tapi Netizen Risau Sampah Bersepah Pula

Macam mana ni korang? Patut atau tidak pemilik kereta double park ni terima hukuman macam tu? Kalau tak patut, apa hukuman yang sepatutnya diberikan?

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini tersebar dekat TikTok menunjukkan keadaan sebuah kereta Toyota Vios yang dipenuhi sampah sarap akibat double park. Semua sampah itu memenuhi bahagian cermin hadapan dan bumbung kereta Vios yang dipercayai dilakukan oleh orang awam yang berasa geram.

Korang tak rasa geram ke kalau kereta nak keluar kena halang kereta lain?

@choyweikit

omg🤭🤣🤣😂

♬ bunyi asal – muhamad yusof ghazali

Lebih menyakitkan hati bila kereta tu tidak meninggalkan apa-apa nombor untuk dihubungi dan paling tidak boleh lepaskan hanbrake tapi ditarik juga.

Kita boleh faham keadaan double park ni sebab tempat letak kereta memang agak terhad di sesetengah tempat yang menjadi tumpuan ramai. Tapi itu tidak bermaksud kita boleh menyusahkan orang lain.

Netizen persoal macam mana pula dengan sampah tu? Siapa nak bersihkan?

Walaupun ramai yang menyokong hukuman yang diterima pemilik kereta terbabit, ada juga yang tidak bersetuju. Ini kerana agak mustahil pemilik kereta tu akan bersihkan sampah dan dibiarkan berlonggok atas jalan macam tu je. Akhirnya pekerja pembersihan juga yang akan disusahkan.

Lebih baik ditimbun sampah daripada dirosakkan kereta

Jika tidak apa hukuman yang korang akan buat bila jadi macam ni? Sesetengah orang berpendapat hukuman yang dilakukan ini tidaklah keterlaluan dan boleh menjadi pengajaran kepada pemandu terbabit. Hukuman timbunan sampah ini juga dilihat lebih baik daripada orang ramai rosakkan kereta terbabit.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas