Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Capaian Internet, Seorang Wanita ‘Cipta’ Kluster Baharu Di Sabah

Trending

Gara-Gara Capaian Internet, Seorang Wanita ‘Cipta’ Kluster Baharu Di Sabah

Dalam musim pandemik ini, penggunaan gajet dan internet merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap individu.

ADVERTISEMENT

BACA: Sengaja Langgar SOP Sampai Wujud Kluster Dianggap Berdosa – Mufti Kelantan

Angka jangkitan yang tinggi, menyebabkan masyarakat terpaksa duduk di rumah dan bergantung kepadanya untuk melakukan pekerjaan harian ataupun pembelajaran.

Namun terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab yang dikehendaki menjalani kuarintin, namun berdegil untuk keluar dari rumah.

Capaian internet punca klaster baharu

Baru-baru ini, seorang wanita yang tidak mematuhi perintah kuarintin selepas didapati positif telah mencetuskan kluster baharu di Paka Rawiyan, Ranau, Sabah.

Wanita berusia 32 tahun itu didapati telah berinteraksi dengan seorang penduduk kampung di kawasan kebun getah ketika mahu mendapatkan capaian internet.

Menurut Free Malaysia Today, Menteri Sabah, Masidi Manjun mengesahkan bahawa wanita berkenaan didapati positif ketika melakukan perjalanan keluar daerah itu.

Tambah Masidi, beliau juga turut mengatakan jumlah peningkatan angka jangkitan yang meningkat melibatkan kluster baharu itu.

Berdasarkan pemeriksaan dari 29 Julai hingga 14 Ogos, terdapat peningkatan jumlah kes di antara kontak rapat dan kontak sosial.

Dari 132 orang yang disaring, kelompok itu mencatatkan 41 kes positif termasuk 13 kes baru hari ini (semalam).

Dua kluster baharu lain

Selain itu, Masidi turut berkata bahawa terdapat dua kluster baharu yang lain melibatkan di Segama Baru Satu di Lahad Datu yang datang dari kelompok pekerja di sebuah syarikat pembuatan tayar.

Punca jangkitan masih dalam siasatan tetapi risiko jangkitan didapati tinggi kerana keadaan rumah kongsi yang padat dan aktiviti sosial di kalangan pekerja setiap petang.

Manakala kluster kedua, berlaku di Tangkuyan yang melibatkan kes indeks seorang kerani wanita yang positif hasil pemeriksaan di tempat kerja pada 9 Ogos lalu.

Wanita terbabit didapati positif selepas dia menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga Tangkuyan, Kuamut.

Sejak dari itu, seramai lebih daripada 120 orang kenalan yang terdiri daripada keluarga dan ahli masyarakat telah didapati positif.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas