Connect with us

Oh! Media

Gambar Terkini Eda Ezrin Undang Perhatian, Akhirnya Balik Rumah Dan Selesai Beri Keterangan

Ohmedia eda Ezrin

Trending

Gambar Terkini Eda Ezrin Undang Perhatian, Akhirnya Balik Rumah Dan Selesai Beri Keterangan

Eda Ezrin akhirnya dibebaskan selepas 9 bulan ditahan di penjara Thailand.

Penyanyi lagu popular Bae Sobar Bae, Eda Ezrin akhirnya pulang ke tanah air selepas sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.

Menurut laporan mStar, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan dilaporkan terus dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sejurus tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Eda Ezrin enggan temui media, pulang bersama keluarga

Eda Ezrin Dadah

Difahamkan Eda berada di balai lebih tiga jam sebelum keluar sekitar jam 11.35 malam. Dia turut enggan memberikan sebarang kenyataan atau bertemu pihak media yang menanti sejak awal.

IKLAN

Eda kemudiannya pulang bersama seorang rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Suami masih belum keluar

Eda Ezrin

Untuk rekod, Eda bersama suami dan empat lagi individu ditahan pada 1 November 2024 di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand. Mereka ditahan selepas polis menjumpai 6,000 biji pil kuda dalam serbuan.

Kesemua mereka direman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November. Namun, pada Rabu lalu, mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwa untuk sambung kes.

Suami Eda difahamkan masih perlu menyelesaikan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.


Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas