Connect with us

Oh! Media

Trending

Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Pula Tersebar!

Gambar keadaan kanak-kanak autisme yang dibunuh kejam, Zayn Rayyan pula tersebar di media sosial dipercayai diperoleh daripada proses bedah siasat. Allahu! Kesiannya tengok..

Menurut laporan Harian Metro, terdapat dua gambar yang menunjukkan keadaan Zayn Rayyan itu mula disebarkan menerusi aplikasi Telegram sejak malam tadi.

IKLAN

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu benar adalah milik Zayn Rayyan seperti yang didakwa ataupun bukan.

Sebelum ini, adik kepada bapa Zayn Rayyan yang tidak puas hati dengan penyebaran kononnya fakta kes pembunuhan kanak-kanak autisme di media sosial dan seorang pegawai penyiasat kes itu telah membuat laporan polis.

BACABukit Aman Siasat Penyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan

Polis juga telah membuka kertas siasatan mengenai kandungan di yang dipercayai dari sebuan channel di Telegram itu.

Kes ini akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas