Connect with us

Oh! Media

Gaji RM500, Kayuh Basikal Hantar Makanan, Pemuda Dibantu MP Bukit Mertajam

Trending

Gaji RM500, Kayuh Basikal Hantar Makanan, Pemuda Dibantu MP Bukit Mertajam

Setiap orang diuji dengan cara berbeza. Rezeki, jodoh, ajal dan maut telah ditentukan, namun sebagai hamba-Nya, kita berpeluang untuk berusaha bagi memperbaiki keadaan diri.

ADVERTISEMENT

Seorang pemuda dari Kelantan walaupun diuji dengan kepayahan, namun tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki di negeri orang. Kegigihannya berbasikal menghantar pesanan makanan mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim untuk menghulurkan bantuan.

Menurut Steven, dia ditemukan dengan pemuda yang dikenali sebagai Mohamad yang hanya bergaji RM500 dan terpaksa bekerja membuat penghantaran Foodpanda untuk kelangsungan hidup.

Ditanya keperluannya ketika ini, menurut Steven, pada mulanya Mohamad segan untuk meluahkan. Namun, Steven kemudiannya ke kedai dan membelikan pemuda itu sebuah motosikal untuk kegunaan harian.

Steven juga sempat meluangkan masa berbuka puasa hari pertama bersama Mohamad dan sempat mendoakan Ramadan kali ini menjadi yang lebih baik untuk pemuda itu.

Kredit: Steven Sim

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas