Connect with us

Oh! Media

Gadis Tergamam Tengok Baki SARA Tinggal RM5.70, Syak Orang Lain Guna

Ohmedia bantuan sara mykad

Oh! Negara

Gadis Tergamam Tengok Baki SARA Tinggal RM5.70, Syak Orang Lain Guna

Gadis IPT terkedu bila MyKad lama yang hilang masih boleh digunakan hingga baki SARA tinggal RM5.70.

Kadang-kadang bila rasa tak sedap hati tu, memang betul ada sebab. Itulah yang terjadi pada seorang gadis IPT bila dia nekad nak semak baki bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sekali tengok, baki yang tinggal hanyalah RM5.70 walaupun dia langsung tak pernah guna.

Baki SARA berkurangan walaupun tak guna…

Menurut gadis tersebut, dia mula syak sesuatu sebab ramai orang kongsi pengalaman baki bantuan SARA berkurangan walaupun belum digunakan.

IKLAN

Lepas buat semakan, sangkaannya memang tepat bila baki yang sepatutnya penuh tinggal sikit saja.

Terdetik nak check balance SARA sebab rasa tak sedap hati lepas ramai yang kata tak guna lagi tapi baki dah kurang.

Sekali masa check tinggal RM5.70 je. Kan betul. Ada orang dah guna.- Kongsinya di Threads.

Rasa tak sedap hati sebab MyKad pernah hilang…

Shoping raya ohmedia

Rupa-rupanya, kehilangan MyKad lama yang pernah berlaku di Sandakan, Sabah tahun lepas mungkin jadi punca. Walaupun dia dah ganti dengan MyKad baharu, kad lama tu masih boleh digunakan untuk transaksi.

Saya dah report Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pegawai JPN tu cakap sistem MyKasih tu cuma detect physical card untuk match dengan nombor MyKad kita.

Dia kata kalau ikut aduan dekat Putrajaya ni, semalam je dah dekat 14 orang buat aduan dengan isu yang sama.- Katanya.

Lebih pelik lagi, MyKad lama itu sebenarnya hilang dalam kawasan universiti, bukannya di tempat awam.

Ramai kongsi pengalaman sama…

Perkongsian gadis ini juga buat ramai netizen buka mulut berkongsi pengalaman serupa. Ada yang cerita ahli keluarga mereka pun pernah hilang MyKad dan duit bantuan terus lesap digunakan orang lain.

Sepupu saya hilang MyKad dua kali, bila nak guna dah tiada baki. Bila berhubung dengan MyKasih rupanya dah kena guna dekat Sarawak. Seram pula, macam mana MyKad lama still boleh guna ya.- Kata seorang netizen.

Pssttt! Korang yang pernah hilang MyKad, jangan pandang ringan. Pastikan buat laporan polis segera dan maklumkan pada JPN, sebab walaupun dah buat kad baharu, kad lama tu masih ada risiko digunakan orang tak bertanggungjawab. Ingat, lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal kemudian hari.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas