Connect with us

Trending

“Saya Buntu, Tarikh Nikah Semakin Hampir”, Gadis Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk Jejak Ayah Kandung

Seorang gadis yang dikenali sebagai Sarlinda Mohd Salim, 35, baru-baru ini telah memohon bantuan orang ramai agar mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali di hari pernikahannya yang dikatakan bakal berlansung pada bulan ini.

Dia yang berasal dari Kampung Bukit Wan, Batu Rakit itu berkata, keluarganya tidak pernah tahu di mana bapanya Mohd Salim Ali Putera, 66, berada selepas lelaki itu meninggalkan ibunya pada 35 tahun yang lalu.

IKLAN

Ayah tinggalkan mak ketika saya dalam kandungan dan selepas dilahirkan, saya tak pernah lihat atau jumpa ayah. – Kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Sarlinda, dia sekeluarga pernah juga bertanyakan tentang perkara itu kepada adik-beradik bapanya yang tinggal di Kuantan, Pahang pada Disember lepas, tetapi malangnya mereka juga tidak tahu di mana Mohd Salim berada.

Alamat terakhir ayahnya adalah di Kampung Bukit Wan dan menurut Sarlinda ayahnya itu juga tidak pulang ketika neneknya meninggal dunia.

Saya kini buntu di mana mahu mencari ayah untuk jadi wali sedangkan tarikh nikah makin hampir.

Jadi saya harap mana-mana pihak yang kenal atau tahu lokasi ayah dapat hubungi saya di talian 017-8238936. – Katanya yang akan bernikah dengan Mohd Firdaus Mohamed pada 14 Februari nanti.

Bagi sesiapa yang mengenali Mohd Salim bolehlah menghubungi Sarlinda di no telefon yang diberikan. Sama-sama kita doakan semoga urusan perkahwinan Sarlinda dipermudahkan.

Kredit: Sinar

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas