Connect with us

Oh! Media

‘Gadis Jolobu The Movie’ Dikecam Netizen, Didakwa Rendahkan Martabat Wanita

Gadis Jolobu

Trending

‘Gadis Jolobu The Movie’ Dikecam Netizen, Didakwa Rendahkan Martabat Wanita

Filem Gadis Jolobu The Movie (GJTM) yang baru saja menemui penonton semalam di pawagam nampaknya telah meraih kecaman warga maya di media sosial.

GJTM yang dibintangi penyanyi lagenda Hattan, Khir Rahman dan juga Joey Daud itu mengisahkan mengenai 3 orang bujang terlajak yang sedang dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing.

Mengetengahkan beberapa elemen tradisional adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan, pastinya naskah arahan CL Hor  ini ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan.

IKLAN

Namun begitu, di media sosial Twitter, terdapat beberapa kritikan yang dilontarkan mereka yang sudah menonton filem tersebut di pawagam.

Meskipun pahit untuk ditelan, ada yang mendakwa filem tersebut telah menjatuhkan martabat wanita dan terutama sekali merendahkan keturunan Minang.

0fb9f5aa 451c 4340 b6a3 ae87336033d6

Malah, ada yang mengatakan bahawa trailer filem juga tidak menarik selain netizen keliru dengan apa yang cuba untuk disampaikan dalam naskah tersebut.

Kredit: Twitter @AshraffMokhtar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas