Connect with us

Oh! Media

Gadis Ditikam Kunci Kereta Terima Enam Jahitan

Trending

Gadis Ditikam Kunci Kereta Terima Enam Jahitan

Beberapa hari yang lalu, tular satu video pergaduhan yang berlaku di Pantai Merdeka membabitkan dua orang remaja wanita sehingga mendatangkan kecederaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Remaja Wanita Cedera Ditikam Dengan Kunci Kereta

Ekoran daripada pergelutan itu, mangsa, Nurul Najihah, menerima sebanyak enam jahitan di bahagian kening selepas ditikam dengan kunci kereta.

Suspek pernah bergaduh dengan kakak mangsa

Menurut Najihah yang ditemubual Harian Metro, suspek juga pernah bergaduh dengan kakak sulungnya lebih kurang sebulan yang lalu.

Berhubung perkara itu, kakak sulung Najihah ada membuat laporan polis namun mengambil keputusan untuk enggan mengambil tindakan lanjut kerana ingin mengalah dengan suspek serta keluarganya.

Sebulan lalu, wanita berkenaan juga bergaduh dengan kakak.

Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan wanita berkenaan sudah berlarutan sejak saya masih kecil tanpa diketahui punca namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.

Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan wanita terbabit tanpa diketahui punca.

Terima enam jahitan di kening kanan

Difahamkan, sewaktu tercetusnya pergaduhan yang tular itu, Nurul Najihah sedang menuju ke gerai menjual mainan milik kakaknya.

Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.

Saya mempersoalkan tindakannya, dia tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan.

Wanita itu kemudiannya menyerang mangsa sehingga berlakunya pergelutan sebelum dileraikan pengunjung yang berada di lokasi kejadian.

Ketika bergelut, saya ditumbuk wanita berkenaan yang ketika itu menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening kanan berdarah.

Kejadian menyebabkan kening kanan mengalami luka yang agak dalam dan saya terpaksa menerima enam jahitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan bahawa suspek yang berusia 23 tahun kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas