Connect with us

Oh! Media

(Foto) Stesen Itaewon Ditransform Seperti Taman Permainan ‘Squid Game’

squid game

Trending

(Foto) Stesen Itaewon Ditransform Seperti Taman Permainan ‘Squid Game’

Siri asli Netflix berjudul Squid Game telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila menduduki tangga kedua dalam carta Netflix global. Baru sahaja seminggu ditayangkan, drama thriller ini pecah rekod drama paling popular dan menjadi trending di beberapa buah negara.

ADVERTISEMENT

Dibintangi barisan pelakon terkenal, drama ini menceritakan mengenai 456 peserta yang ditawarkan bermain permainan zaman kanak-kanak untuk memenangi ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta).

BACA: ‘Squid Game’ No 2 Di Ranking Netflix Global Bagi Program TV Popular

Sempena promosi besar-besaran bermula 17 September lalu, stesen keretapi Itaewon Seoul Korea telah diubah suai seperti dalam drama ‘Squid Game’.

squid game
squid game

Selain papan iklan yang besar, kawasan sekitar stesen itu turut diwarnai dengan merah jambu. Patung kanak-kanak perempuan yang ditakuti ramai turut diletakkan untuk menimbulkan elemen saspens.

Di bahagian luar stesen, kelihatan juga tabung berisi ganjaran 45.6 billion won yang menjadi rebutan para peserta. Difahamkan, pengunjung boleh hadir untuk menikmati taman ini yang akan berlangsung sehingga 26 September.

Kredit: Netflix | Tastes SEOUL Good

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas