Connect with us

Oh! Media

‘Flashback’ Momen Arwah Bapa Menyelit, Tiga Beradik Mengaku Silap

Trending

‘Flashback’ Momen Arwah Bapa Menyelit, Tiga Beradik Mengaku Silap

Tindakan tiga beradik memuat naik video mengikut trend TikTok ‘sebelum’ dan ‘selepas’ mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

ADVERTISEMENT

Video ‘sebelum’ yang dirakam pada Oktober 2021 memaparkan tiga beradik itu menari bersama bapa mereka. Sementara video ‘selepas’ dirakam pada Februari 2022 di mana mereka yang memakai jubah berpaling memandang jenazah yang kaku.

BACA: “Macam Mana Boleh Teringat” – 3 Beradik Dikecam Buat Video TikTok Sebelah Jenazah Bapa

Lapor Harian Metro, salah seorang daripada adik beradik itu yang hanya mahu dikenali sebagai Bella berkata, dia bukanlah mahu meraih publisiti.

Video dimuat naik bertujuan untuk menyampaikan nasihat supaya orang ramai menghargai ibu bapa selagi masih bernyawa.

Mereka bagaimanapun mengaku silap dan dipengaruhi emosi hingga gagal fikir mana yang mana dan mana yang buruk.

Kebetulan masa kami mandikan jenazah arwah bapa, kami tiga beradik duduk dalam susunan sama seperti video sebelum ini yang diambil ketika kali terakhir berjumpa arwah.

Ia seolah-olah ‘flashback’ kembali ‘moment’ arwah bapa menyelit ketika kami tiga beradik sedang merakam kandungan video TikTok pada Oktober lalu dan itulah pertama kali arwah mahu turut serta.

Bella juga telah memadam video dan berharap orang ramai tidak terus menyebarkannya untuk elak fitnah.

Bella juga kesal apabila ada netizen mengaitkan didikan bapa sehingga anak-anak tidak cakna dengan hal sensitif sebegitu.

Biarlah kami adik beradik dipersalahkan tetapi janganlah kaitkan dengan arwah bapa kami kerana beliau sangat baik orangnya.

Adik bongsu kepada Bella, Sofea pula berkata, rakaman dibuat sebagai kenangan. Mereka pegang telefon disebabkan ramai ahli keluarga minta buat panggilan video kerana tidak dapat berziarah ekoran kes Covid-19 semakin meningkat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas