Connect with us

Oh! Media

Firdaus Wong Buat Laporan Polis Selepas Difitnah Sebar Video Lucah

0002 9146552133 20211002 231644 0000

Trending

Firdaus Wong Buat Laporan Polis Selepas Difitnah Sebar Video Lucah

Nama pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung semakin hangat diperkatakan selepas giat mendedahkan beberapa bukti kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas. Firdaus dilihat menjadi orang tengah untuk membawa suara mangsa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, ada pihak yang menyangkakan Firdaus Wong sebagai individu yang turut menyebarkan video lucah. Bukti video lucah melibatkan pendakwah bebas itu tersebar melalui satu saluran telegram.

Firdaus Wong bagaimanapun sebelum ini sering kali menegaskan dia hanya memiliki satu sahaja telegram umum dan tidak pernah menyebarkan sebarang foto atau video lucah. Disebabkan itu Firdaus bertindak untuk membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

IKLAN

Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik saluran Telegram yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!

Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah. – Kongsinya di Facebook.

Firdaus yang mesra dipanggil sebagai Bro Firdaus itu bagaimanapun bersedia untuk memaafkan mereka yang mengecam dan menghina dirinya. Tapi Firdaus tak dapat nak biarkan pihak yang memfitnah dirinya.

Kredit: Facebook

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas