Trending
Fattah Amin Ucap Terima Kasih Kepada Fazura Sebab Bagi Peluang Luangkan Masa Dengan Fatima
Pelakon, Fattah Amin memuat naik satu gambar menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Fatima Aisya di sebuah taman permainan kanak-kanak. Wah! Seronok tengok.
Menerusi Instagram, Fattah juga ada memuat naik video bersama Fatima sambil memberi ucapan selamat hari lahir buat anaknya itu.
Bukan tu jer, pelakon lelaki itu juga mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta, Nur Fazura kerana memberi peluang untuk dirinya meluangkan masa bersama anak mereka.
Selamat hari jadi baby, Nur Fatima Aisya.
Kesian sampai tertidur balik itu, terima kasih Mommy bagi ‘chance’ Daddy ‘dating’ dengan Fatima.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar kemelut rumah tangga pasangan selebriti ini berbaik semula selain mengucapkan selamat hari lahir buat Fatima.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fattah Amin