Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Perjelas Hal Sebenar Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Perkahwinan

Ohmedia fattah Amin Fatima

Trending

Fattah Amin Perjelas Hal Sebenar Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Perkahwinan

Fatima curi tumpuan bila tak lepas peluk Fattah Amin di majlis nikah bersama Amira Othman.

Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi detik penuh emosi apabila anak perempuannya, Fatima langsung tak mahu berjauhan darinya ketika majlis pernikahan bersama Amira Othman malam semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Fattah berkata situasi itu berlaku secara spontan apabila Fatima ternampak kelibatnya selepas dia seketika pergi ke belakang.

Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu. Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan.

Amira Othman terima dengan hati terbuka

Anzalna Nasir

Walaupun keadaan berlaku secara tiba-tiba, Fattah lega kerana isterinya yang baru dinikahi, Amira Othman, sangat memahami.

IKLAN

Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah.

Katanya lagi, keutamaan dirinya adalah memastikan kebahagiaan kedua-dua insan tersayang itu pada hari bahagia mereka.

Majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman berjalan lancar

Fattah Amin

Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang dalam suasana penuh bermakna.

Walaupun rehearsal sebelum ini tak menunjukkan situasi sama, Fattah percaya semuanya adalah ketentuan indah yang sudah ditakdirkan.

Pssttt! Kadang-kadang, kasih sayang anak kecil memang datang tanpa dijangka. Hargailah setiap pelukan dan momen mereka kerana itu adalah cinta paling tulus.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas