Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Akui Terlalu Menjiwai Watak Ketika Babak Peluk Kaki Melissa

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Fattah Amin Akui Terlalu Menjiwai Watak Ketika Babak Peluk Kaki Melissa

Kontroversi yang melibatkan pelakon popular Fattah Amin kembali mencuri perhatian peminat drama tempatan.

Kali ini, ianya berkisar tentang babak dalam drama bersiri Keluarga Itu, di mana Fattah dilihat memeluk kaki pelakon Melissa Campbell hingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Fattah Amin akui dalam keadaan separa sedar…

Img 3899

Babak tersebut yang mencerminkan emosi mendalam antara watak Ansara (lakonan Fattah) dan Camelia (lakonan Melissa), ternyata bukan dirancang sepenuhnya, sebaliknya berlaku secara spontan.

IKLAN

Saya kalau boleh memang nak elak watak atau aksi yang berlebihan. Ketika saya lakonkan babak itu saya berada dalam keadaan separa sedar. Saya terbuat kerana terlampau mendalami watak.

Fattah tampil memberikan penjelasan ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama para pelakon drama berkenaan di Shah Alam, Rabu lalu.

Menurutnya, sebagai seorang pelakon, kadangkala dia terlalu menghayati watak sehingga tindakannya menjadi di luar jangkaan.

Img 3897

Meskipun begitu, dia tidak berniat untuk mencetuskan isu atau menggugat sensitiviti mana-mana pihak.

Kalau boleh memang saya tak nak buat. Saya nak cuba elakkan. Kadang-kadang sebagai pelakon, kita terlalu menjiwai.

Mengulas lanjut, Fattah tidak menafikan bahawa apa yang berlaku adalah satu kesilapan dan menegaskan bahawa dia sentiasa berusaha memperbaiki diri, bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga sebagai seorang Muslim.

Tetapi saya mengaku kesilapan saya. Saya pun manusia biasa yang cuba untuk menjadi hamba Allah yang baik, Muslim yang baik, dan pelakon yang baik. Seboleh-bolehnya memang saya nak elakkan.

Reaksi peminat terhadap penjelasan Fattah rata-ratanya bercampur-baur. Ada yang memahami situasi tersebut sebagai cabaran dalam dunia lakonan, dan ada juga yang berharap agar sempadan dalam lakonan lebih dijaga selepas ini.

#ApaKataOhmedia

Setiap pelakon pasti berdepan cabaran dalam menghidupkan watak, namun sensitiviti penonton juga tidak boleh dipandang ringan.

Menjadi seorang artis bukan sekadar menyampaikan lakonan yang berkesan, tetapi juga memikul tanggungjawab terhadap batasan budaya dan agama.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas