Connect with us

Oh! Media

Farisha Iris Tolak Dakwaan Jadi Perampas Tunang Orang

Farisha Iris

Oh! Artis

Farisha Iris Tolak Dakwaan Jadi Perampas Tunang Orang

Penyanyi Farisha Iris tampil menolak dakwaan dari segelintir pihak yang menuduh dirinya sebagai perampas tunang orang.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia mendedahkan lelaki yang bergelar kekasihnya, Hadree bukan tunangan sesiapa sewaktu mereka serius menjalin hubungan cinta pada Mac lalu.

Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmadi, menegaskan kekasihnya sudah lama putus tunang sejak mereka mula berkenalan pada awal tahun 2023.

IKLAN

Saya memang sedang bercinta tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak merampas hak sesiapa.

Kenyataan yang mendakwa saya perampas memang tidak tepat kerana saya kenal si dia (Hardee) awal tahun ini dan dia sudah lama putus tunang.

Malah, Hadree sebelum ini merupakan bekas tunangan kepada seorang pempengaruh media sosial iaitu Myra Zainal. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak kesampaian kononnya akibat kehadiran orang ketiga.

Tambahan, Farisha juga berkata dia tidak mahu ambil peduli dengan kisah lalu teman lelakinya walaupun ia sering menjadi topik bualan netizen di laman sosial.

Farisha e1601718040756

Sebenarnya apabila jumpa orang baru saya tidak suka ambil tahu mengenai latar belakangnya.

Saya tidak mahu orang tahu masalah lalu saya kerana manusia dilahirkan berbeza-beza pendapat, rupa dan perangai.

Namun mulut orang saya tidak boleh tutup pun dan biarkan sahaja apa yang mereka ingin cakap.

Dalam pada itu, Farisha akan selalu bertanya dan berbincang dengan kekasihnya tentang kebimbangan yang dirasai.

Apabila orang maklumkan kepada saya mengenai apa-apa yang membuatkan saya berasa pelik, saya akan terus bertanya kepadanya.

Dia juga akan sertakan bukti yang membuatkan kita memberikan 100 peratus kepercayaan kepadanya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas