Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Mahu Bawa Diana Danielle Sambut Aidiladha Di Kedah, Terima Kelonggaran Tambah Bilangan Hari Jumpa Anak-Anak

farid kamil

Oh! Artis

Farid Kamil Mahu Bawa Diana Danielle Sambut Aidiladha Di Kedah, Terima Kelonggaran Tambah Bilangan Hari Jumpa Anak-Anak

Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Diana Danielle akhirnya memberi kebenaran untuk menambah bilangan hari bagi bertemu dengan dua cahaya matanya, iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

ADVERTISEMENT

Tambahan, pelakon yang berusia 42 tahun itu amat berterima kasih kepada isterinya kerana membantu dia memudahkan urusan perjumpaan bersama anak-anaknya. Malah, Farid juga berharap pertemuan yang seterusnya bakal disertai Diana Danielle.

Farid Kamil

Alhamdulillah buat masa sekarang, perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali. Malah Diana juga tidak menghalang sekiranya saya ingin menambah hari bertemu anak-anak.

Tapi perlulah mengikut prosedur dengan menghantar surat lebih awal lima hari kepada peguam isteri seperti ditetapkan mahkamah.

Saya harap perjumpaan dengan anak pada masa akan datang turut disertai bersama ibu (Diana) mereka. Itu harapan saya, katanya kepada pemberita.

Farid pada ketika itu ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan bagi sebutan semula kes hadanah dua anak pasangan ini.

Farid Kamil

Dalam pada itu, Farid juga berhasrat untuk membawa Diana dan anak-anaknya pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun di Alor Setar, Kedah.

Harapan saya ingin membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung.

Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak.

Dalam pada itu, pihak media pula gagal untuk mendapatkan sebarang jawapan dari pelakon Diana Danielle apabila dia enggan mengulas lebih lanjut dan terus beredar dari mahkamah.

BACA: “Saya Harap Keadilan Dapat Ditegakkan” – Farid Kamil Dan Diana Danielle Hadir Sebutan Hadanah Di Mahkamah

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas