Connect with us

Oh! Media

Majlis Kahwin Grand Tapi Hutang RM40k Tak Bayar, Farah Lee Dedah Kawan Siap Lari Ke Luar Negara

Ohmedia farah Lee 2

Trending

Majlis Kahwin Grand Tapi Hutang RM40k Tak Bayar, Farah Lee Dedah Kawan Siap Lari Ke Luar Negara

Lepas lebih setahun bersabar, pempengaruh dan aktivis popular Farah Lee mendedahkan rakannya liat membayar hutang sebanyak RM40,000.

Dalam pendedahan di Instagram itu, Farah berkata, rakannya baru je melangsungkan perkahwinan penuh meriah dan besar-besaran namun hutangnya tak dapat dilunaskan dengan pelbagai alasan.

Majlis grand sampai ke malam, siap bunga api

Farah Lee

Dalam perkongsian tersebut, Farah berkata, dirinya sendiri perlu berjimat cermat kerana masalah kewangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab rakannya itu.

IKLAN

Kemain meriahnya majlis kahwin siap sampai malam, ada pentas, nyanyi-nyanyi dan bunga api bagai tapi hutang RM40k tak dapat bayar dari alasan ke alasan, dari janji ke janji dah setahun lebih dah ni.

Walaupun sudah buat perjanjian rasmi siap duty stamp, Farah memilih untuk tidak terus menggunakan saluran undang-undang kerana masih mahu menjaga aib kenalan dan keluarganya.

Dah berusaha minta hutang, tapi macam-macam alasan

Screenshot 2025 04 09 133811

Namun, selepas terlalu lama bersabar, Farah mula pertimbangkan tindakan undang-undang jika masih tiada penyelesaian dalam tempoh seminggu.

Farah juga berkongsi perbualan WhatsApp sebagai bukti usaha menuntut hutang, namun tetap tidak mendapat jawapan tuntas.

Bahkan, ahli keluarga si peminjam juga sudah dimaklumkan, tapi masih tiada sebarang bayaran dilakukan sehingga kini.

#ApaKataOhmedia

Dalam apa jua urusan kewangan, lebih-lebih lagi melibatkan jumlah besar, jangan terlalu mudah percaya walaupun dengan orang yang rapat. Bagi peminjam pula, janganlah buat-buat lupa dan ambillah langkah efisien untuk membayar hutang tu. Bayar secara ansuran pun okey kan?

Kredit: Instagram Farah Lee
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas