Connect with us

Oh! Media

Fara Hanim Sudah Mohon Maaf Pada Rita Dan Lufya

Trending

Fara Hanim Sudah Mohon Maaf Pada Rita Dan Lufya

Sebelum ini tular isu mengenai seorang pengacara, Fara Hanim Razak yang mendakwa jirannya iaitu Rita Rudaini dan juga Lufya Omar merupakan golongan anti-vaksin.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran di media sosial Anim, dia bermuhasabah diri dan menerima segala teguran yang diberikan kepadanya.

“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini. 

“Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan, ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah).

“Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Anim juga menyatakan bahawa dia sudah menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf.

“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.

“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19.

“Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua,” tulisnya.

Anim telah memuat naik dua kepingan hantaran mesej yang menunjukkan dia telah menghubungi kedua-dua pihak berkenaan.

Isu ini kecoh jumaat lalu apabila Anim berkongsi di laman sosial Twitter tentang jirannya yang dikatakan sebagai anti-vaksin.

Namun Anim tidak menamakan mereka sebaliknya melabelkan kedua-dua jirannya tersebut dengan gelaran ‘RR’ dan ‘LL’, sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen sehingga menjadi bualan hangat.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas