Connect with us

Oh! Media

Fahmi Fadzil Kecewa, Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Lelaki Berpakaian Wanita

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Fahmi Fadzil Kecewa, Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Lelaki Berpakaian Wanita

Kerajaan memberi amaran tegas kepada mana-mana stesen televisyen yang gagal mematuhi garis panduan penyiaran, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau menegaskan bahawa keingkaran mematuhi syarat lesen yang ditetapkan boleh membawa kesan serius kepada pihak terlibat.

Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas.- Katanya.

Fahmi Fadzil kecewa isu penonton berpakaian wanita di AJL-39…

Img 2551

Fahmi turut meluahkan kekecewaannya terhadap stesen televisyen yang menyiarkan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) secara langsung pada Ahad lalu, susulan kehadiran penonton lelaki yang berpakaian seperti wanita.

IKLAN

Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu, dan mereka membenarkannya. Ini tidak baik.- Katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pihak penyiar sepatutnya lebih peka dengan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan siaran mematuhi nilai-nilai budaya dan moral masyarakat.

Susulan kontroversi ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan segera untuk menyiasat perkara ini.

#ApaKataOhmedia

Industri penyiaran mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk nilai masyarakat. Stesen TV perlu memastikan bahawa setiap kandungan yang disiarkan selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas