Connect with us

Oh! Media

persenda

Trending

Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas Isu Penyampai Radio Persenda Agama

Tular di media sosial hari ini penyampai radio popular iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan Radin didakwa mempersenda upacara agama lain.

BACA: Penyampai Radio Terkenal Didakwa Persenda Agama

IKLAN

Video kejadian ini telah dimuat naik di platform media sosial dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Susulan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu kontroversi tersebut.

MCMC panggil pihak Astro dan stesen radio terlibat

penyampai radio

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Astro serta pengurusan stesen radio yang terlibat akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, tiga penyampai radio berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan mereka.

Mereka mengakui tindakan tersebut tidak wajar dan menyesali perbuatan dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga telah digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

persenda

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas