Oh! Artis
Penyampai Radio Terkenal Didakwa Persenda Agama
Tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa biadab dan mempersenda agama Hindu.
Menerusi video yang dimuat naik, mereka menjelaskan bahawa tiada niat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan mereka amat menghormati kepercayaan setiap individu tanpa mengira bangsa atau agama.
Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak, khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India. Kami akan lebih berhati-hati di masa hadapan.- Kata mereka.
Azad terima teguran orang ramai…

Azad atau nama sebenarnya Azad @ Jazmin John Louis Jefri turut menegaskan bahawa mereka sentiasa terbuka menerima kritikan bagi memperbaiki diri, terutamanya buat pendengar setia Era FM.
Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen ataupun kritikan untuk memperbaiki lagi. Sekali lagi, kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan.- Ujar Azad.
Kontroversi ‘Vel Vel’ cetus kecaman…

Terdahulu, Pemuda MIC, Siva Shanker Santasegran, mengecam tindakan tiga penyampai tersebut kerana dikatakan mempersenda mantera suci Hindu, Vel Vel.
Menurut Siva, mantera tersebut amat dihormati oleh jutaan penganut Hindu di seluruh dunia dan melambangkan keimanan serta kekuatan.
Penggunaan Vel Vel dalam konteks jenaka bukan sahaja tidak menghormati, malah menunjukkan kurangnya kepekaan terhadap budaya dan agama.- Tegasnya.
Pemuda MIC turut menggesa pihak stesen radio berkenaan untuk mengadakan latihan kesedaran mengenai budaya lain bagi mengelakkan insiden seperti ini berulang lagi.
#ApaKataOhmedia
Kes seperti ini jadi pengajaran penting buat semua, terutama dalam industri hiburan. Hormat-menghormati antara agama dan budaya memang kena jaga.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM