Connect with us

Oh! Media

“Rindu Tak Pernah Berubah Sahabat”, Fad Bertemu Lelaki Mirip Arwah Abam

Fad

Trending

“Rindu Tak Pernah Berubah Sahabat”, Fad Bertemu Lelaki Mirip Arwah Abam

Hampir 10 bulan berlalu, tapi masih segar lagi di ingatan kita dengan berita mengejutkan peninggalan arwah Abam Bocey. Sepanjang bergelar pelawak, telatah arwah yang sentiasa ceria dan menghiburkan tak pernah membosankan kita. Mungkin perkara itu yang buat kita rindu dan sentiasa terkenang pada arwah.

2bf720a8 0b62 4223 9fd9 52f36d0b2730

Tapi, yang paling rindu pada arwah Abam Bocey sudah pastinya dua ahli kumpulannya yang lain, Fad dan Achey. Confirm lagi banyak kenangan jatuh bangun serta suka duka yang dah pun mereka lalui sama-sama. Bahkan, ia jelas terbukti dengan satu perkongsian baru Fad dalam postingnya di Instagram.

Photo6242308393335368286

Rasa sebak sangat bila tengok gambar dan baca caption Fad. Dalam post tersebut, Fad sedang memeluk erat seorang lelaki yang nampak mirip sangat dengan arwah Abam. Dari riak muka, tubuh badan, warna kulit, alahai. Nampak sama sangat.

IKLAN
Photo6242308393335368285 1

Tulis Fad, ketika dia tengah bekerja, tiba-tiba matanya menangkap kelibat dengan cara berjalan dan gerak tubuh yang sama dengan arwah Abam dalam kamera. Kebetulan juga, tarikh 10 Disember menandakan genap 10 bulan arwah Abam pergi meninggalkan kita semua. Fad juga meluahkan yang rasa rindunya pada arwah tak pernah berubah serta mendoakan kesejahteraan arwah di dunia abadi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka serta mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Bahkan, ada juga yang menyatakan mungkin lelaki tersebut merupakan insan yang dihantar oleh Allah untuk hilangkan rasa rindu Fad pada sahabatnya.

Photo6242308393335368282
Photo6242308393335368281
Photo6242308393335368284
Photo6242308393335368283

Betullah apa yang arwah selalu pesan pada kita semua, bila kita buat baik mesti ramai yang sayang. Dari posting itu jugak, kita dapat belajar seorang sahabat yang baik, akan sentiasa ingat dan doakan kita walau dekat mana pun kita berada, mahu dunia atau akhirat. Ohmedia doakan semoga arwah Abam sentiasa dalam rahmat Allah dan berada dalam golongan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

Kredit: Instagram Fad Bocey

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas