Connect with us

Oh! Media

Empat Senior Didakwa Masuk Bilik Zara Qairina Pada Malam Tragedi

Ohmedia zara Qairina

Oh! Tidak

Empat Senior Didakwa Masuk Bilik Zara Qairina Pada Malam Tragedi

Inkues kematian Zara Qairina bongkar dakwaan empat senior masuk biliknya malam tragedi hingga berlaku pertikaian.

Mahkamah Koroner semalam dikejutkan lagi dengan pendedahan saksi kanak-kanak dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang berlaku pada 15 Julai lalu.

Menurut keterangan, arwah sempat masuk ke sebuah bilik asrama sekitar jam 10.20 malam sebelum empat pelajar senior lain turut dilihat masuk ke situ.

Malam kejadian Zara Qairina jatuh, jadi tegang…

Zara Qairina Kubur

Peguam kepada saksi, Joan Goh, memberitahu bahawa seorang pelajar senior kelihatan berbual dengan arwah sebaik Zara masuk ke bilik. Namun, keadaan bertukar tegang bila empat lagi senior menyusul masuk.

IKLAN

Lebih mengejutkan, seorang daripada mereka didakwa menengking arwah dengan suara kuat, siap kedengaran kata-kata kesat termasuk perkataan “sial”. Seorang senior lain pula hanya menegur Zara tanpa meninggikan suara.

Bendera jadi punca pertikaian…

Zara Qairina

Menurut saksi, insiden pada malam itu dipercayai berpunca selepas rakan sebilik Zara menemui bendera milik pelajar senior di dalam almari arwah. Penemuan itu dikatakan mencetuskan kemarahan salah seorang senior terbabit.

Walau bagaimanapun, saksi kanak-kanak itu menegaskan dia tidak pernah nampak Zara diganggu secara konsisten oleh pelajar lain sebelum ini. Dia juga tidak pasti sama ada arwah pernah melanggar mana-mana peraturan asrama.

Tambah Joan lagi, saksi mengaku mengenali Zara, cuma hubungan mereka tidak rapat kerana berlainan kelas.

Apa yang pasti, saksi menggambarkan Zara sebagai seorang pelajar yang ceria dan tidak pernah nampak dia dibuli, didera atau dipukul sepanjang berada di sekolah ataupun asrama.

Saksi kanak-kanak itu selesai memberi keterangan pada jam 2.15 petang sebelum prosiding disambung dengan seorang lagi saksi kanak-kanak, menjadikannya saksi kelapan dalam kalangan pelajar yang dipanggil bagi inkues ini.

Pssttt! Bila dengar cerita macam ni, memang menusuk hati korang kan? Kehilangan nyawa seorang remaja dengan cara penuh tanda tanya ini patut jadi pengajaran untuk kita semua. Kalau nampak ada kawan ditekan, dibuli atau disisih, jangan diam saja. Ambil tindakan, lapor pada pihak berwajib sebab satu nyawa tak boleh diganti. Ingat, kita semua bertanggungjawab jaga sesama sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas