Connect with us

Oh! Media

Empat Maut Di Konsert Sunway, Polis Dedah Dadah Dijual Dari Dalam

Ohmedia konsert dwp peras ugut polis indonesia

Trending

Empat Maut Di Konsert Sunway, Polis Dedah Dadah Dijual Dari Dalam

Kecoh di Bandar Sunway apabila empat individu berusia 20 hingga 40-an, termasuk dua wanita, dilaporkan meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu.

Polis percaya punca kematian mereka adalah akibat pengambilan dadah jenis ekstasi yang didakwa dijual di dalam Sunway Lagoon.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan siasatan menunjukkan dadah itu dijual pada harga RM50 sebiji kepada pengunjung.

IKLAN

Lebih mengejutkan, pil haram ini dipercayai dibawa masuk ke dalam premis walaupun Unit K9 ditempatkan di pintu masuk.

Pengambilan alkohol dan isu kawalan keselamatan

Img 0474

Selain dadah, siasatan turut mendapati mangsa mengambil minuman beralkohol ketika konsert berlangsung.

Mengenai aspek kawalan keselamatan, Datuk Hussein menjelaskan bahawa polis hanya bertugas memantau keamanan di luar kawasan konsert.

Keselamatan dalam premis adalah tanggungjawab penganjur dan difahamkan mereka menggunakan khidmat polis bantuan.- Katanya.

Pihak penganjur pula tampil menjelaskan mereka telah mengambil langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota keselamatan dan penggunaan Unit K9 di pintu masuk. Mereka juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

BACA: Empat Maut Selepas Konsert Pinkfish Countdown Di Bandar Sunway

Empat mangsa maut dan perkembangan kes

Img 0473

Kematian empat mangsa ini pertama kali dilaporkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang menjadi lokasi mereka menerima rawatan. Kini, polis sedang menyiasat bagaimana dadah tersebut boleh dijual dalam kawasan konsert dan individu yang terlibat dalam pengedarannya.

#OhmediaNasihat

Sentiasa waspada dengan persekitaran dan elakkan diri daripada terjebak dengan dadah atau pengambilan alkohol berlebihan.

Penganjur juga perlu lebih bertanggungjawab memastikan keselamatan pengunjung dengan langkah kawalan yang lebih ketat. Ingat, nyawa tak boleh diganti!

Ohmedia konsert dwp peras ugut polis indonesia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas