Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Tak Selindung Lagi Hubungan Dengan DJ Kidd

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Emma Maembong Tak Selindung Lagi Hubungan Dengan DJ Kidd

Emma Maembong kembali hangat diperkatakan lepas muncul bersama DJ Kidd di Anugerah Melodi Terhangat 2025.

Nama pelakon jelita, Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas dilihat hadir bersama deejay kelab malam, DJ Kidd di acara Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).

Memetik laporan Hib Glam, kemunculan mereka bersama bukan saja mencuri perhatian, malah turut mengundang pelbagai spekulasi memandangkan sebelum ini pernah dikaitkan dengan hubungan istimewa.

Emma Maembong dan DJ Kidd pakai baju sedondon, nampak mesra…

Apa yang menambahkan rasa ingin tahu ramai ialah apabila DJ Kidd turut berkongsi gambar mereka berdua di Instagram.

IKLAN

Dalam foto tersebut, kedua-duanya kelihatan mesra dan mengenakan pakaian berwarna seakan-akan sedondon.

DJ Kidd pula hanya meletakkan kapsyen ringkas menyatakan minatnya terhadap warna merah jambu, warna yang kebetulan mereka gayakan malam itu.

Pernah didakwa sudah berkahwin?

Ohmedia emma maembong djkidd

Kisah hubungan antara Emma dan DJ Kidd sebenarnya bukan perkara baru. Sebelum ini, mereka pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah pun bernikah secara senyap.

Bukan itu saja, ada juga yang mendakwa mereka pernah bercuti bersama di luar negara selepas beberapa foto percutian mereka tular di media sosial.

Namun begitu, Emma tampil menafikan semua dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tiada hubungan cinta antara dia dan DJ Kidd.

Pssttt! Bila ada selebriti muncul dengan seseorang secara terbuka, pastinya ramai cepat buat andaian. Tapi korang jangan terlalu cepat percaya atau jatuh hukum sebab kadang-kadang gambar atau momen yang tular tak semestinya bawa maksud tertentu.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas