Pelakon Emma Maembong menzahirkan rasa syukur apabila kakanya, Shikin Maembong bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi bersama penyanyi Cat Farish.
Menurut Emma, dia tidak mempunyai sebarang nasihat atau tips untuk pasangan ini walau bagaimanapun dia hanya mendoak agar perkahwinan mereka itu yang terakhir.
IKLAN
Saya sendiri sudah mendirikan rumah tangga dan tahu akan ada ujian dalam perkahwinan, bukan mudah. Semua orang boleh berkata ikut sesuka hati mereka.
Masing-masing merupakan perkahwinan ketiga, saya tidak boleh bagi tips atau nasihat kepada mereka sebab saya tidak apa akan terjadi pada masa depan. Apa yang pasti saya berdoa ini merupakan yang terakhir untuk Shikin dan Cat.
Gembira it bukan sahaja terlihat pada Shikin dan Cat, tetapi pada anak-anak mereka juga. Lagi-lagi anak Shikin, dia anak tunggal, selalu cakap nak pergi rumah kakak (anak Cat). Saya yang dengar pun rasa sebak.
Perkara itu dikongsi Emma Maembong ketika ditemui di majis pelancaran produk jenama MOVON di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Saya secara peribadi melihat Shikin selepas kenal Cat, wajahnya lebih ceria walaupun berdepan pelbagai ujian sebelum ini. Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.
Saya doakan rasa gembira dan bahagia itu kekal dalam hubungan Shikin dan Cat selamanya. Love make people crazy, kalau Shikin selalu buat benda gila bersama Cat maknanya mereka sangat bahagia.
Saya boleh cakap memang benar Shikin akan bernikah dengan Cat, tapi secara terperinci saya tidak boleh kongsi kerana lebih elok jika keluar dari mulut tuan badan itu sendiri.
Malah, bagi Emma ianya kurang manis jika dia memberitahu mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan mereka.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.