Connect with us

Oh! Media

Cat Farish Bakal Nikahi Shikin Maembong Pada 14 Julai

cat farish

Oh! Artis

Cat Farish Bakal Nikahi Shikin Maembong Pada 14 Julai

Penyanyi dan komposer Cat Farish dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Shikin Maembong pada 14 Julai ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Shikin, ia bakal diraikan dalam tiga acara berbeza iaitu majlis berinai, pernikahan dan bersanding.

Cat Farish

Dua perkahwinan terdahulu langsung tiada majlis bersanding dan hanya buat akad nikah sahaja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan.

Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebih teratur. Jadi Insyallah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu, 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding.

Tambahan, Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong meluahkan rasa syukur kerana adiknya bertungkus-lumus merancang dan mencari tajaan.

Tambahan, Shikin turut berkata sudah ada beberapa tajaan seperti dewan untuk mengadakan majlis nikah dan pakaian pengantin.

Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya.

Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner.

Cat Farish

Sebelum ini, Shikin pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nadzri Redzuwan yang merupakan anak kepada chef selebriti, Chef Wan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Malah, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8 tahun.

Manakala, Cat Farish juga pernah bernikah dengan Suriani Hassan pada November 2020 namun mereka bercerai pada Febuari lalu.

Cat Farish juga pernah mendirikan rumah tangga degan Hartiny Ramli tatpi bercerai pada 2016.

BACA: Netizen Tertarik Lihat Cat Farish Sambut Hari Lahir Shikin Maembong

Kredit: mStar

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas