Connect with us

Oh! Media

Elrah Exclusive Akhirnya Jawab Dakwaan Plagiat Rekaan Samping Keris 1890

Ohmedia elrah exclusive keris 1890

Oh! Artis

Elrah Exclusive Akhirnya Jawab Dakwaan Plagiat Rekaan Samping Keris 1890

Jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive baru-baru ini berdepan kontroversi selepas didakwa meniru rekaan keris pada samping, yang dikatakan milik keluarga Emran Rijal yang dihasilkan keluarga mereka sejak tahun 1890.

Dakwaan itu mencetuskan perdebatan hangat apabila pemilik Elrah, El Azman, didakwa gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi pihak terbabit.

BACA: Elrah Exclusive Didakwa Plagiat Rekaan Sampin Warisan Sejak Tahun 1890 Keluarga Emran

IKLAN

El Azman nafi dakwaan, keris adalah warisan Nusantara…

Telegram cloud photo size 5 6273816402267848386 y

Dalam satu kenyataan rasmi, El Azman menafikan tuduhan plagiat tersebut. Menurutnya, motif keris bukan hak eksklusif sesiapa kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara.

El Azman turut mendakwa hak cipta rekaan itu hanya didaftarkan tahun ini, bukan sejak 1890 seperti yang didakwa. Oleh itu, pihak Elrah percaya tiada sebarang kesalahan dilakukan kerana tiada bukti rasmi bahawa rekaan itu sudah wujud lebih 100 tahun lalu.

“Kenapa sekarang baru dibangkitkan?” – El Azman

Telegram cloud photo size 5 6273816402267848388 y

Selain menafikan dakwaan, El Azman turut mempertikaikan motif sebenar pihak yang menuduh mereka. Katanya, isu ini hanya dibangkitkan sekarang, selepas samping itu mula digunakan untuk koleksi Hari Raya tahun ini.

Jika benar wujud sejak 1890, kenapa keluarga Emran tidak pernah bersuara sebelum ini?

Elrah Exclusive sentiasa menghormati hak harta intelek dan warisan budaya. Kami menolak sebarang dakwaan yang tidak berasas dan akan mempertahankan hak kami.

El Azman juga menegaskan bahawa rekaan mereka dibuat sendiri tanpa meniru mana-mana hasil seni pihak lain. Malah, beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan nama baik Elrah Exclusive.

Ohmedia elrah exclusive keris 1890

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas