Trending
Elak Sesak, Hanya Beberapa Kenderaan NGO Saja Boleh Masuk Ke Taman Sri Muda
Setelah mangsa banjir dibantu oleh sukarelawan, kini pihak polis mengambil alih tugasan tersebut dan hanya membenarkan sebahagian kenderaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk keluar masuk di Taman Sri Muda, Seksyen 25.
BACA: Kehabisan Makanan, Individu Terpaksa Pecah Masuk Kedai Di Taman Sri Muda
Kenderaan awam difahamkan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan tersebut kecuali dengan kebenaran polis.
Mengelak kesesakan dan beri laluan kepada polis
Makluman : Kami memohon maaf kepada semua pihak yang masih menghubungi kami untuk bantuan dan pertolongan di SRI MUDA, untuk makluman kawasan terbabit telah ditutup dan operasi diambilalih sepenuhnya oleh pihak berkuasa.
— Parti MUDA (@partimuda) December 20, 2021
Menerusi laporan Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib menyatakan tindakan pihaknya mengawal kenderaan awam masuk untuk mengelakkan kesesakkan yang akan melambat proses menyelamatkan nyawa mangsa.
Tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir adalah bertujuan mengelak kesesakan dan memberi laluan kepada lori yang keluar masuk membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara.
Keprihatinan semua NGO dan orang awam amatlah dihargai dalam usaha membantu mangsa banjir, bagaimanapun suka diingatkan agar semua pihak tetap mematuhi arahan pihak berkuasa supaya dapat memudahkan proses menyelamatkan mangsa dilaksanakan
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir.
Semoga mangsa banjir yang terperangkap dapat diselamatkan dengar kadar yang segera dan diberikan perlindungan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
Kredit: Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM