Connect with us

Oh! Media

17 Sah Terkorban Akibat Banjir Di Selangor

17

Trending

17 Sah Terkorban Akibat Banjir Di Selangor

Banjir kilat yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu telah merekodkan 17 kematian sehingga jam 8 pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jenazah Terlangkup Dalam Air” – Seorang OKU Ditemui Lemas Berhampiran Rumah

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, empat kematian direkodkan di Sepang, tiga di Hulu Langat dan sepuluh di Klang.

Banjir di Selangor disifatkan ‘luar jangka.’

17

Menurut Dato Seri Amirudin, punca kematian mangsa banjir ini masih sedang dikenal pasti. Banjir di Lembah Klang terutama Selangor telah disifatkan sebagai ‘luar jangka’ apabila banyak jalan utama ditutup kerana dinaiki air.

Hujan yang berterusan menjadikan ramai terperangkap di rumah masing-masing dan ada juga yang terkandas dalam kenderaan di jalan utama yang dinaiki air. Ini baru 17 mangsa yang dilaporkan terkorban. Siapa tahu mungkin ada lagi?

Sedih mendengar keluhan mangsa banjir dan mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat dari banjir yang teruk melanda Malaysia kali ini. Semoga ini dijadikan sebagai pengajaran untuk pihak kerajaan agar sentiasa bersiap sedia dan peka dengan cuaca dan keadaan sekeliling agar perkara yang sama tidak terulang lagi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas