Connect with us

Oh! Media

Edisi Khas Dakwa Sindiket Pelacuran Dan Judi Online Dilindungi, Ini Jawapan Polis Perak

Ohmedia edisi khas

Trending

Edisi Khas Dakwa Sindiket Pelacuran Dan Judi Online Dilindungi, Ini Jawapan Polis Perak

Selepas membongkar pelbagai isu panas berkaitan rasuah dan sebagainya, pihak Edisi Khas yang cukp aktif di Twitter masih tidak berhenti melakukan pendedahan. Terbaru pihak Edis Khas ada mendedahkan tentang aktiviti perjudian dan pelacuran yang berleluasa di empat daerah negeri Perak.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat pihak Edisi Khas agak keterlaluan apabila mendakwa sindiket ini dapat berleluasa di negeri itu kerana pihak polis negeri itu melindungi mereka.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Edisi Khas yang mendakwa polis turut ‘kenyang’ terima rasuah dan menyifatkannya sebagai fitnah.

IKLAN

Dia patut tampil memberi maklumat supaya kita boleh bertindak. Jangan baling batu sembunyi tangan. Kalau betul, kita ada pihak tertentu yang buat siasatan.

Sekiranya takut beri maklumat, gunalah saluran yang betul. Ada akta yang boleh melindungi dia tanpa mendedahkan identiti pelapor. Sesiapa ada maklumat berkaitan kegiatan haram di Perak boleh tampil beri maklumat.

Image 2

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas