
Trending
Eda Ezrin Akhirnya Bakal Keluar Penjara Tak Lama Lagi?
Bapa Eda Ezrin mohon doa orang ramai agar anaknya bebas dari penjara Narathiwat 6 Julai ini. Tahanan dilanjutkan susulan rayuan pendakwaan.
Hasrat untuk kembali bersama keluarga masih belum kesampaian buat penyanyi dikir barat, Eda Ezrin apabila dia bersama suami dan empat rakannya masih ditahan di Penjara Pusat Narathiwat di Thailand.
Menurut laporan Harian Metro, bapanya Wan Ismail Wan Yusuf tampil membuat rayuan kepada orang ramai agar turut mendoakan pembebasan anaknya pada 6 Julai ini, selepas beberapa kali penangguhan dilakukan pihak pendakwa raya.
Kami sekeluarga mohon semua doakan supaya anak saya, suami dan rakan-rakan mereka dapat bebas pada 6 Julai depan.
Eda Ezrin masih ditahan di Penjara Narathiwat

Wan Ismail mengakui mereka tidak dimaklumkan perkembangan terkini oleh pihak berkuasa Thailand.
Kami tidak diberitahu bila anak akan dibebaskan. Tapi saya berpegang pada tarikh 6 Julai depan. Kami cuma mahu buat persiapan untuk ambil dia di sana.
Sudah 4 kali lanjutan permohonan rayuan

Sebelum ini, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah beberapa kali meluluskan permohonan pihak pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap pembebasan Eda dan lima yang lain.
Kesemua mereka ditahan atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine, namun mahkamah telah membebaskan mereka pada 6 Mac lalu.
Bagaimanapun, pihak pendakwa telah mengemukakan empat permohonan lanjutan, termasuk yang terbaru pada 30 Mei lalu, menyebabkan mereka masih ditahan sehingga kini.
Pssttt! Dalam apa jua ujian, kekuatan keluarga dan doa adalah senjata paling berharga. Semoga segala urusan dipermudahkan dan keadilan ditegakkan seadilnya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
