Connect with us

Oh! Media

“Dulu Saya Buat Orang Kan?” – Fara Salleh Anggap Apa Yang Terjadi Sebagai Kifarah

Ohmedia fara Salleh

Trending

“Dulu Saya Buat Orang Kan?” – Fara Salleh Anggap Apa Yang Terjadi Sebagai Kifarah

Isteri kepada pelawak kontroversi Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil berkongsi perasaannya selepas rumah tangganya musnah dalam masa singkat.

Dalam temu bual eksklusif bersama Melodi TV3, Fara mengakui tidak tertekan dengan ujian yang menimpa, malah menganggap ia sebagai kifarah atas kesilapan silam.

Saya tak rasa apa yang saya lalui ini satu bebanan atau tekanan sebab dulu saya buat orang, kan? Sekarang sayalah pula yang kena…

Dakwa tindakan Shuk Sahar, anak jadi mangsa

Shuk Sahar

Dalam nada sebak, Fara meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Shuk yang melafazkan cerai melalui panggilan telefon tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.

IKLAN

Paling saya kesal ialah kenapa dia tak jumpa keluarga saya dulu kalau betul nak bercerai…

Menurutnya, tindakan itu memberi kesan besar kepada anak mereka, terutamanya soal jaminan masa depan.

“Kenapa buang anak saya?” – Fara Salleh

Fara Salleh

Fara turut mengajukan soalan pedih buat Shuk, mempersoalkan layanan berbeza terhadap anak mereka berbanding anak hasil hubungan terdahulu.

Saya cuma nak tanya, apa beza anak saya dengan anak yang ada dekat sana? Kenapa buang dia?

Fara juga berharap kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan tanpa campur tangan orang luar.

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga walau apa jua konflik berlaku. Hormatilah proses dan jaga adab walau hati sedang marah.

Kredit: Melodi TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas