Connect with us

Oh! Media

(Video) “Sorang Buat T*hi, Semua Terpalit”, Dulu Barang Penuh Satu Lori, Sekarang…

Trending

(Video) “Sorang Buat T*hi, Semua Terpalit”, Dulu Barang Penuh Satu Lori, Sekarang…

Baru-baru ini telah tular beberapa video di media sosial mengenai insiden mogok yang dilakukan oleh pekerja J&T. Malah, perbuatan mogok oleh mereka ini telah membuatkan rata-rata netizen bengang apabila mereka turut membaling parcel dan merosakkan barang-barang kiriman daripada pelanggan.

ADVERTISEMENT

Syarikat kurier barang yang terkenal itu juga telah mendapat pelbagai kecaman hebat dari netizen sejak daripada kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila ramai yang mula tawar hati untuk menggunakan perkhidmatan dari mereka dan ada juga yang sanggup bertukar kepada syarikat kurier yang lain kerana bimbang barang rosak.

Sejak semalam di laman Twitter, katanya telah tular pula satu video baru yang turut memaparkan staff J&T di TikTok. Lebih menyedihkan apabila Video yang telah dimuat naik oleh @CahayaSakinah_ itu turut menunjukkan lori J&T yang membawa barangan pos terlihat kosong dan hanya ada beberapa kotak sahaja di dalamnya.

Video TikTok itu juga turut memaparkan luahan hati mereka dimana, jika sebelum ini kebiasaannya pihak mereka mampu membawa barang sehingga 100-150 kotak sehari, namun sejak beberapa isu viral timbul, mereka hanya membawa sekitar 20-30 barang sahaja untuk dihantar ke pembeli.

Rata-rata netizen dikatakan masih lagi terkesan disebabkan insiden yang berlaku itu. Kebanyakkan daripada netizen juga turut mengaitkan video itu dengan isu viral yang telah berlaku sebelum ini dan ada juga yang turut menegur kualiti perkhidmatan mereka yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Melihatkan dengan situasi yang berlaku sekarang ni, agaknya mampukah syarikat kurier ini mendapatkan kembali kepercayaan daripada pelanggan mereka seperti sebelum ini?

Kredit: CahayaSakinah_

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas