Trending
Duduk Serumah Lelaki Dan Perempuan, Peserta Hero Teladan Kata Mereka Tahu Jaga Batas Pergaulan
Program Hero Teladan oleh Youtuber Isa Isarb dihentikan serta merta selepas menerima teguran kerana menempatkan peserta berlainan jantina dalam satu rumah.
Semasa berita itu disampaikan kepada peserta, mereka dilihat bersedih sehingga ada yang menangis.
BACA: “Nak Jadi Influencer Kena Cerdik” – Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Youtuber Buat Program Hero Teladan
Memetik laporan mStar, salah seorang peserta dikenali sebagai Coki meluahkan rasa kecewa program dihentikan kerana program itu bersisa tiga minggu je lagi.

Dia merasakan masa yang dihabiskan selama lebih sebulan untuk program itu selama ini adalah sia-sia.
Bagi saya memang membuang masa sebab kami semua dah berjuang duduk dalam rumah hero teladan itu tanpa gajet atau apa-apa alat telekomunikasi dari minggu pertama.
Kata Coki, tindakan tinggal serumah di antara peserta lelaki dan perempuan diakui salah tetapi program Hero Teladan satu program yang profesional.

Tempat tidur lelaki dan perempuan diletakkan dinding penghalang. Jadi kami di bahagian lelaki memang tak boleh nampak keadaan tempat tidur peserta perempuan.
Malah, para peserta sentiasa diperhatikan selama 24 jam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di seluruh rumah itu.
Program ini ada 3 shift jadi tak akan ada satu minit pun yang mereka akan terlepas pandang. Dari segi privasi dan keselamatan peserta perempuan memang terjaga.
Tambah Coki, para peserta tahu menjaga batas pergaulan mereka dan mustahil berlaku perkara yang tidak diingini.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM