Connect with us

Oh! Media

Dua Pelajar Meninggal Dunia, UiTM Ucap Takziah

Pelajar Uitm Mohon Maaf

Trending

Dua Pelajar Meninggal Dunia, UiTM Ucap Takziah

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sangat berdukacita dan bersimpati dengan pemergian dua pelajarnya dari cawangan Kedah dan Pahang baru-baru ini. UiTM menerusi satu kenyataan mengucapkan takziah dan mendoakan agar seluruh keluarga diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian Allah SWT.

172461905 1482318632117916 2962983526851756611 n

Dalam kenyataan itu, UiTM berkata pihaknya sentiasa prihatin dalam memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar ketika sesi pembelajaran Open Distance Learning (ODL) berlangsung. Pelajar yang memerlukan kemudahan internet dan peranti dialu-alukan untuk menginap di kolej kediaman atau rumah sewa berhampiran kampus.

Pihak UiTM melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik dan pensyarah yang terlibat telah membuat makluman awal kepada pelajar mengenai tarikh penting tugasan di awal semester melalui pelan pengajian kursus.

IKLAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM melalui inisiatif prihatin telah pun melanjutkan aktiviti pentaksiran dan penilaian berterusan sepanjang minggu Penilaian Akhir sehingga Ogos 2021. Ia dilaksanakan melalui Pekeliling Akademik bil 11/2021 yang dikeluarkan dan telah dimaklumkan kepada semua pelajar dan pensyarah pada 18 Jun 2021 lalu.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM berkata lagi, bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kaunseling sentiasa peka membantu pelajar memberi khidmat nasihat dan apa jua bantuan yang diperlukan dalam menghadapi proses ODL ketika pandemik Covid-19.

Ujarnya lagi, para pelajar disarankan untuk berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik atau Ketua Program bagi menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan dengan pentaksiran dan penjadualan penilaian.

Kredit: UiTM

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas