Connect with us

Oh! Media

Trending

Dua Beranak Maut Menjelang Sambutan Aidilfitri

Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra, hari ini.

Menurut laporan Bernama, kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

IKLAN

BACA: “Dah Salah, Lagi Nak Tunjuk Samseng” – Netizen Berang Pemandu Mercedes Salah Guna Laluan Kecemasan

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP, A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu menyebabkan mangsa Amalina Azman, 32, cedera parah sebelum disahkan meninggal di Hospital Putrajaya manakala anak lelakinya Dzul Qarnain Mohd Iqbal disahkan maut di tempat kejadian.

Menurut Asmadi lagi, kereta yang dipandu suami mangsa dipercayai terbabas dengan sendirinya dan melanggar penghadang air di bahu kiri jalan. Bagaimanapun suami mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut siasatan yang dibuat, suami mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu, lalu hilang kawalan sebelum terbabas dengan sendirinya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas