Connect with us

Oh! Media

“Cukuplah, Jangan Fitnah Lagi” – Mak Wan Tak Mahu Aibkan Keluarga Sebelah Sana, Reda Dengan Takdir

Oh! Artis

“Cukuplah, Jangan Fitnah Lagi” – Mak Wan Tak Mahu Aibkan Keluarga Sebelah Sana, Reda Dengan Takdir

Perkahwinan hanya mampu bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan dilaporkan telah berpisah dengan Husain Dolah. Dalam laporan mStar, Husain Dolah berkata perkahwinan singkat itu merupakan episod hitam buat dirinya.

ADVERTISEMENT

Beliau mendakwa berasa amat tertekan dengan sikap Mak Wan yang dikatakan amat keterlaluan hinggakan tidak menghormati dia sebagai seorang suami.

Terbaru, Mak Wan menerusi sebuah video memberi respon kepada isu penceraiannya. Katanya selain masalah kesihatan, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa termasuklah keluarga sebelah sana.

@itzzme.mell Isu penceraian @_makwanlatahofficial doakan yg baik² buat beliau 🥺#fypシ #viral #makwanlatah #husaindolah #tiktokmalaysia ♬ Hati Yang Kecewa – Nafa Urbach

Cukup-cukuplah, jangan fitnah lagi. Benda dah sudah, dah selesai. Mak Wan pun tak nak aibkan sesiapa. Biarlah Mak Wan dengan Allah SWT sahaja yang menentukan. Mak Wan reda apa yang berlaku.

Mak Wan reda dengan penceraian itu dan diharap pihak di sebelah sana tidak lagi melemparkan fitnah mengenai dirinya. Pelakon ini juga meminta maaf dan sebenarnya dia pun tak mahu perkahwinan berakhir begini.

@itzzme.mell Balas kepada @lyza1980 siapa kita nk melawan takdir yg ﷲ dh tentukan 🙏#fyp #viral #makwanlatah ♬ Seribu Kali Sayang – Els Warouw

Dalam video lain, Mak Wan dengan tenang menjawab provokasi netizen mengenai rumahtangganya yang hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

Apa-apa pun semoga yang terbaik buat Mak Wan.

Kredit: TikTok @itzzme.mell

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas