Connect with us

Oh! Media

Drama Tidak Akan Ditayang Sekiranya Laporan Tak Memuaskan – Annuar Musa

Drama

Trending

Drama Tidak Akan Ditayang Sekiranya Laporan Tak Memuaskan – Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pihaknya sudah meminta produksi drama bertajuk ‘Perempuan Itu’ mengemukakan laporan bertulis berkenaan isu yang tercetus baru-baru ini.

BACA: “Malukan Drama Tempatan, Macam Dah Tak Ada Otak” – Zul Yahya

Beliau berkata sekiranya laporan diberikan pihak produksi tidak munasabah, tayangan yang dikatakan bakal keluar pada Ramadan tidak akan dibenarkan.

IKLAN
Ptj02 06012021 pc
Foto Bernama

Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan.

Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.

Jelasnya lagi, stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan sebarang kandungan yang kurang bersesuaian.

Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut.

Terdahulu, kecoh di media sosial teaser drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa yang dikatakan mirip filem ‘dewasa’.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan memanggil produksi drama termasuk pelakonnya berkait adegan ‘panas’ yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di Malaysia.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas