Connect with us

Oh! Media

Drama Bidaah Rupa-Rupanya Dari Pengalaman Erma Fatima? PU Syed Mohon Lapor Polis

Ohmedia pu Syed

Trending

Drama Bidaah Rupa-Rupanya Dari Pengalaman Erma Fatima? PU Syed Mohon Lapor Polis

Pendakwah, PU Syed memohon pengarah terkenal Erma Fatima tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan drama Bidaah adalah adaptasi daripada kisah nyata yang dialami dirinya.

BACA: “Ampun Walid..” – Riena Diana Mengaku Ludah Muka Faizal Hussein

Menerusi hantaran tersebut, PU Syed turut menyertakan video memaparkan Erma Fatima mengaku dia pernah berada dalam kumpulan jemaah seperti dalam drama Bidaah.

IKLAN

Bidaah adaptasi dari kisah benar dialami Erma Fatima?

Jelasnya, ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaah itu betul di mana dia diajar untuk berzikir. Pendek kata semua ajarannya sempurna.

Sehinggalah pada satu hari, anak-anak di dalam kumpulan yang menganggapnya seperti ibu sendiri menceritakan sesuatu yang mengejutkan.

Anak-anak dalam jemaah anggap saya seperti ibu mereka. Budak-budak muda, bohsia-bohsia masuk nak kenal Tuhan. Mak bapak hantar ke pondok dalam tu. Satu hari saya dapat panggilan daripada salah seorang budak perempuan tu, beritahu Tok Guru itu menidurinya. Dan bukan hanya dia, beberapa gadis lain juga.

Tegas Erma Fatima, dia tidak berbohong dan itulah apa yang dipaparkan di dalam drama Bidaah. Jelasnya lagi, tempat kejadian sebenar bukan di Kuala Lumpur tetapi di negeri lain.

PU Syed mohon lapor polis

Pu Syed

Dia juga berusaha membawa gadis-gadis itu keluar sehingga sanggup meletakkan Al-Quran untuk mendapatkan kepastian sama ada dakwaan benar.

Erma Fatima menangis kerana tidak menyangka Tok Guru yang mendidik mereka dengan ilmu agama sanggup melakukan kerja terkutuk itu.

Susulan pendedahan, PU Syed berharap Erma Fatima dapat membuat laporan polis agar kegiatan kumpulan itu terbongkar.

Malah, laporan polis dapat mengelakkan orang lain terkena dengan kumpulan tersebut.

#ApaKataOhmedia

Jangan mudah terpedaya dengan penampilan atau kata-kata manis semata-mata. Jika ada sebarang keraguan atau kejadian mencurigakan, segera laporkan kepada pihak berkuasa untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Kredit: Instagram Pu Syed
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas