
Trending
Dr Zulkifli Pertahan Hak Wanita, Mohon Kerajaan Teliti Isu Kewarganegaraan Anak
Oleh
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyertai perbahasan usul melibatkan isu kewarganegaraan di Dewan Negara semalam berpendapat kerajaan perlu meneliti isu ini secara holistik.
Menurutnya, wanita juga mempunyai hak khususnya seorang ibu yang mahu mendapatkan kewarganegaraan untuk anak-anaknya.
WANITA JUGA ADA HAK
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 11, 2022
Dewan Negara sebentar tadi membahaskan usul berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia. pic.twitter.com/UOHiDCQ8W7
Beliau yakin ada penyelesaian yang harmoni dan adil bagi isu berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Jelas beliau lagi, selain isu ini ada isu-isu lain yang wajar dibincangkan antaranya mengenai pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangan atas faktor perlembagaan.
Beliau tidak mahu negara kita menjadi seperti pepatah Melayu, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, usul yang dibawa Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) dan ia memenuhi tiga syarat iaitu bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.
Zurainah membawa usul ke Dewan Negara berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos yang memutuskan anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara tidak diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik, berbeza dengan lelaki.
Kredit: Twitter drzul_albakri
