Connect with us

Oh! Media

Dr Zulkifli Minta Pejabat Mufti Teliti Isu ‘Pakar Motivasi’ Andika Putera

ohmedia curang 2

Trending

Dr Zulkifli Minta Pejabat Mufti Teliti Isu ‘Pakar Motivasi’ Andika Putera

Mana datangnya mamat bernama Andika Putera? Sejak pagi tadi kecoh di Twitter selepas ada video yang menunjukkan seorang lelaki yang dikenali Andika Putera telah bercakap tentang isu curang.

BACA: “Dia Curang Dengan Izin Allah”, Lelaki Kongsi Pendapat Mengenai Isu Curang Shuk Teruk Dikecam Netizen

Apa yang pasti, kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu membuatkan netizen bengang dan Ohmedia melihat sendiri video terbabit memang ada something wrong di situ.

IKLAN

Andika merupakan seorang selebriti media sosial yang juga merupakan pakar motivasi dan telah diajukan soalan mengenai pandangan berkenaan kes curang. Tetapi jawapannya seperti ingin menyalahkan pencipta dan netizen tak setuju ulasanya mempergunakan agama dalam melakukan kemungkaran.

Andika juga berpendapat mereka yang curang ini diizinkan Allah dan sekiranya Allah tidak izinkan, mustahil mereka akan curang.

Netizen mohon pencerahan Menteri Agama, Dr Zulkifli.

ohmedia curang

Disebabkan itu, ada seseorang yang menggunakan akaun Hani Ismail telah meminta penjelasan dari Dr Zulkifli mengenai kenyataan dari Andika ini.

ohmedia curang2

Admin Dr Zulkifli bagaimanapun menjawab agar pihak Pejabat Mufti Wilayah untuk meneliti perkara yang dibangkitkan ini.

Semoga isu ini dapat dijelaskan dalam masa terdekat. Bagi kami, lebih baik kita mendapatkan jawapan dari para ilmuan, ustaz dan ahli ulamak yang sah bagi mendapatkan jawapan yang benar dan jelas.

Kredit: Twitter @IniAlannn

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas